adf.ly - shorten links and earn money!

Search Box

aliff-life.blogspot.com

Tuesday, December 23, 2008

Nurkilan



Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mau berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

hati hati mempermainkan cinta, cinta bisa buat orang luka dan tersiksa bahkan menderita...

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Saturday, December 6, 2008

Coretan Rasa Hati

MuNgKiN TuHaN SeNgAjA MaHu kItA BeRjUmPa dEnGaN oRaNg yAnG SaLaH SeBeLuM MeNeMuI InSaN YaNg bEtUl
SuPaYa aPaBiLa kItA AkHiRnYa mEnEmUi iNsAn yAnG BeTuL,
KiTa aKaN TaHu bAgAiMaNa uNtUk bErSyUkUr dEnGaN NiKmAt
PeMbErIaN DaN HiKmAh dI SeBaLiK PeMbErIaN TeRsEbUt.
aPaBiLa sAlAh sAtU PiNtU KeBaHaGiAaN TeRtUtUp, YaNg
LaIn aKaN TeRbUkA TaPi lAzImNyA KiTa aKaN MeMaNdAnG
pInTu yAnG TeLaH TeRtUtUp iTu tErLaLu lAmA HiNgGaKaN
kItA TiDaK NaMpAk pInTu lAiN YaNg tElAhPuN DiBuKaKaN UnTuK
kItA.
(Dari Azira)

KaWaN YaNg pAlInG BaIk iAlAh sEsEoRaNg yAnG AnDa bOlEh
DuDuK Di dAlAm bUaIaN DaN BeRbUaI BeRsAmA TaNpA
bErKaTa aPa-aPa pUn dAn kEmUdIaN BeRjAlAn pUlAnG
dEnGaN PeRaSaAn bAhAwA ItUlAh pErBuAlAn yAnG PaLiNg
HeBaT YaNg pErNaH DiAlAmI.MeMaNg bEnAr yAnG KiTa tIdAk
AkAn tAhU ApA YaNg tElAh kItA PuNyAi sEhInGgAlAh kItA
kEhIlAnGaNnYa dAn jUgA BeNaR BaHaWa kItA TiDaK TaHu
ApA YaNg kItA RiNdUkAn sEhInGgAlAh 'Ia' DaTaNg.
mEmBeRi sEsEoRaNg sElUrUh cInTa aNdA BuKaNlAh sAtU
kEpAsTiAn yAnG abadi
(Dari Azira)

Tuesday, October 21, 2008

New Jobs

yeyeye.. aku dapat kerja baru... hahaha

stop update kejap

aku sebenarnya tgh takder alat untuk ambil gambar..
phone aku rosak ler... so aku update ler aku nyer satu lagi blog..
asap-bulat.blogspot.com

Tuesday, October 14, 2008

Selamat Hari Raya AidilFitri

Raya tahun ini aku menyambutnya dengan sungguh kesederhanaan.. baju melayu pun aku tak beli... pakai yang tahun lepas jer...

Saturday, September 27, 2008

Koleksi Gambar Di Hari Raya

Koleksi Gambar Raya Tahun Lepas, 2 pasang baju melayu aku beli untuk tahun lepas.

Baju Pertama




Hidangan dipagi Raya
Roti Jalo, Mee Goreng, Dan Sate, Ketupat.


Baju Kedua

Aku Dengan Mak ku yang tersayang..


kenyang perutku menjamu selera dipagi Hari Raya..


Posing tu, Macam Nak Pergi Angkat Nikah pun ader..



Balik Kampung

Selamat Hari Raya AidilFitri kuucapkan kepada semua yang Beragama Islam terutamanya yang berjaya pose tanpa MC, hahaha.. Kaum hawa Dikecualikan (bagi mereka ponteng Bersebab) hehehe.. HatiKu tak Sabar sebenarnya nak balik beraya ni, tapi apakah daya terpaksa ikut aku punya bos lak... ikut hati jumaat dah nak blk dengan kakak... tapi bos lak tak bagi duit raya lagi... kalau aku balik gak raya tak berduit ler jawabnya.. dah ler baju raya satu apa pun blum beli lagi... isk isk isk isk.... sedihnya... Di hari Raya terkenang daku kepada sidia... kampungku indah nun jauh dimata.... ayah serta bondaku.... uuwaaa uwaaaaa.... balik kampung... ooo... balik kampung....

Friday, September 19, 2008

Hari Raya

Hari Raya = Baju Raya
Hari Raya = Duit Raya
Hari Raya = Sembahyang Raya
Hari Raya = Balik kampung
Hari Raya = Tiket Bas Habis
Hari Raya = Lagu Raya
Hari Raya = Pudu Raya
Hari Raya = Kota Raya
Hari Raya = Gotong Royong
Hari Raya = Hantu Raya
Hari Raya = Kesedihan
Hari Raya = Suka Ria
Hari Raya = Bermaaf-maafan
Hari Raya = Ziarah Menziarahi
Hari Raya = Bajet
Hari Raya = Over Bajet
Hari Raya = ???

apa Lagi Ek??

Money

Mana nak cari duit ni? Pening3x.... raya dah nak dekat.. baju raya tak beli lagi... isk3x... hulurkan tangan ringankan beban kepada mereka yg memerlukan... pasal duit utk beraya tu ada ler masa utk cari lagi, tapi utk berbuka kejap lagi nihh... nak masak barang dapur dah byk habis plak... aduh sadis tul ler... kena pikirkan sesuatu nih, pikir... pikir... pikir... Zzzzzzzzz.....

Friday, September 12, 2008

Masak Untuk Sahur

chef tgh masak nasi goreng... hahahaha nasik goreng yang aku masak tu ku bagi nama nasi goreng buasir... coz. betul2 pedas... anak bos aku suka sangat dengan nasi goreng aku tu, kalau nak tau camner pedas nyer tinggalkan comment nanti aku masak utk korang... bagi korang rasa... bukan tu jer yg aku pandai masak tau.. cakap jer aper yang korang mau mkn... semua bleh... see the legs la.. huhuhu... Walaupun malas terpaksa gak masak untuk sahur.. kalau idak bangun pagi bukak periuk ler jawabnya... hehehehe.. idup bujang katakan..



Tuesday, September 9, 2008

BERGAMBAR DI BANDAR BERSEJARAH

DiManakah ku bergambar?


Monday, September 1, 2008

SUPERBIKE

MOTOR saper lak jadi mangsa ni, hahaha.. pantang tgk bike, mesti nak posing lah, tspi kurang jelas skit, coz mlm & bike kat tmpt gelap, biler aku jumpa bike parking aku ambil gambar clear skit, k, cow lu..


Saturday, August 30, 2008

Cuti-cuti Malaysia

boring menunggu bas

dalam bas lagi ler boring perut lak lapar okok lak takleh nak isap, isk isk

nasib dalam bas sebelahku tu aweks... ehem2.. chop2.

Ye ye ye blk kg. ini adalah bas aku naik masa blk kg. (Pink Kaleer). (bas Mutiara) aku ambil gambar ni masa kat hentian putra kl. aku agak kecewa dapat bas uyuk. no. kusi aku 25.





Saturday, August 23, 2008

My Motor (Rxz Kaler Merah) & Motor Kawan

Inilah gambar motor aku, Rxz yang kaler merah tu,yang warna kuning tu plak motor kawan, kitaorang punya motor semua sama beza pada kaler jer, sebelum aku pakai rxz yg kat dalam gambar tu, aku pakai rxz catalyzer, tapi cuma tiga(3) hari jer.. coz Telah dicuri,punya ler sakit hati, geram, marah, dan kecewanya aku, tapi apakah daya... takder rezeki...



Thursday, August 21, 2008

Adikku & Sepupu

Ciuman untuk Semua


Sepupuku (Mohd Nazif Bin Mohammad Nor)





Sepupuku paling Bongsu (Mohd Aizat Bin Shamsul)


Ku / Adikku & Mohd Nazif



Adik Bongsuku (Nor Adly Syahiran Bin Baharudin)


Aku & Adikku Masa Cup Prix Petronas Sprinta 2007


Yang ni Lak Anak Bos Aku, Skrg Ni Die Dibawah JagaanKu. Nama Die Mohd Khalid Bin Roslan Umornya Sebaya dengan Adikku.

Sunday, August 17, 2008

SEJARAH PERDANA MENTERI MALAYSIA


PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA DETIK-DETIK PERMULAAN (1957 - 1970)
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Shah (1903 - 1990), Perdana Menteri Malaysia pertama dari 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970. Laungan ogram Buku Hijau dan berbagai lagi perancangan yang mengajak rakyat memajukan negara. Bagi menjamin perpaduan rakyat berbagai kaum menerusi parti politik, Barisan Nasional
ditubuhkan. Tun Razak meletakkan asas yang menjadikan rakyat Malaysia kukuh bersatu ke arah pembangunan negara












TUN RAZAK
ERA PELAKSANAAN STRATEGI PEMBANGUNAN (1970-1976)

Tun Abdul Razak Dato' Hussein (1922 - 1976), Perdana Menteri Malaysia kedua dari 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976. Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada zamannya untuk membasmi kemiskinan serta menaikkan taraf ekonomi rakyat tanpa mengira kaum. Kesungguhannya memperbaikki kehidupan rakyat terbukti menerusi rancangan FELDA, program Buku Hijau dan berbagai lagi perancangan yang mengajak rakyat memajukan negara. Bagi menjamin perpaduan rakyat berbagai kaum menerusi parti politik, Barisan Nasional ditubuhkan. Tun Razak meletakkan asas yang menjadikan rakyat Malaysia kukuh bersatu ke arah pembangunan negara









ZAMAN PERPADUAN NEGARA (1976 - 1981)
TUN HUSSEIN ONN

Tun Hussein Onn (1922 - 1990), Perdana Menteri Malaysia ketiga dari 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981. Penyambung tugas Tun Abdul Razak dalam memperteguh kestabilan ekonomi, politik dan sosial. Perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat berbagai kaum di negara semakin kukuh dan menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Negara menuju kematangan dalam politik dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi yang semakin terserlah. Hubungan diplomatik serantau turut dititikberatkan demi memperkenalkan negara di seluruh dunia.





PERDANA MENTERI MALAYSIA KEEMPAT
ERA PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN GLOBALISASI (1981-2003)
Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (20 Disember 1925), Perdana Menteri Malaysia keempat dilantik pada 16 Julai 1981 hingga 2003. Arah politik, ekonomi dan sosial negara menuju era baru, era teknologi industri, era globalisasi. Wawasannya untuk Malaysia amat tepat. Dasar Pandang Ke Timur, projek kereta nasional, pelaburan dalam industri menyumbang ke arah kepesatan ekonomi negara.
Dunia mengagumi kemajuan yang dicapai Malaysia. Kini Malaysia menjadi contoh dan ikutan negara-negara membangun terutama negara Dunia Ketiga. Di bawah kepimpinannya negara sedang menuju abad ke-21 dengan lebih yakin.





DATO’ SERI ABDULLAH HJ. AHMAD BADAWI (2003 - Sekarang)
Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi Dilahirkan pada (26 November 1939) di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelima Pada (31 oktober 2003) hingga sekarang.

TEAM PPSMI / FASA 5 / PERAK - MARZUKI SPECIAL TEAM (SKUAD GALO)


Team PPSMI Fasa 5 Dibawah pimpinan Marzuki atau lebih lebih dikenali sebagai skuad Galo telah bercuti ke Pulau Pangkor Selepas Menyiapkan Projek PPSMI Fasa 5, Skuad Galo Hanya 5 orang kesemuanya termasuk dengan Marzuki, skuad galo dibawah pimpinan seorang yang berkaliber serta mempunyai percaturan yang mantap itu telah mendapat nama, reputasi yang cemerlang serta mendapat banyak pujian itu, telah berjaya menarik minat ramai ASP bagi memberi bantuan kepada team-team(ermm... boleh dikatakan lembab kot)dari seluruh daerah2 di Perak bagi menyiap saki baki sekolah-sekolah yang belum disiapkan sebelum tempoh yang ditetapkan oleh MOE. Team Marzuki juga terpaksa ke Sekolah-sekolah ORANG ASLI yang terletak dipedalaman negeri Perak. Skuad Galo bukan berjaya menarik minat ASP di negeri Perak malah dapat menarik minat ASP dari negeri-negeri yang lain, sehingga terpaksa membantu team dari Sungai Petani Kedah. (Apa Boleh buat Nasib Badan)/(lagi Lembab Team .... Buat Kerja) ermm takleh nak cakap apalah... banyak lagi kisah-kisah serta pengalaman yang akan aku kongsikan nanti, aku akan cerita mengikut gambar yang aku sertakan, antara pengalaman / kisah yang akan aku ceritakan Berkenaan dengan Projek PPSMi - fasa 5 ini adalah berkenaan kenangan Manis / Pahit, jadual waktu bekerja, cara bekerja, pengalaman ke kg. Orang Asli... serta cerita Tentang Kejadian Aneh (macam misteri Nusantara) yang menimpa Team Skuad Galo... Tunggu......

Saturday, August 16, 2008

Apa itu Hidup?

AliffLife

Selamat datang to aliff Life blogspot...
Petikan Kata-kata Untuk Renungan Bersama..

WORK HARD STUDY HARD BUT DON'T BE JAHAT..

"REMEMBER GRASS NOT ALWAYS GREEN"


‘AT ONE TIME YOU WORK SO HARD FOR YOUR MONEY. IT IS TIME FOR YOU MONEY TO WORK HARDED FOR YOU’
Robert T.Kiyosaki

Bukalah mata kita Semua Hebat.. Kita adalah semua Sama...







Keindahan Alam Ciptaan Yang Maha Esa

Keindahan Alam Ciptaan Yang Maha Esa
Jauh Berjalan Luas Permandangan