adf.ly - shorten links and earn money!

Search Box

aliff-life.blogspot.com

Sunday, August 17, 2008

SEJARAH PERDANA MENTERI MALAYSIA


PERDANA MENTERI MALAYSIA PERTAMA DETIK-DETIK PERMULAAN (1957 - 1970)
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Shah (1903 - 1990), Perdana Menteri Malaysia pertama dari 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970. Laungan ogram Buku Hijau dan berbagai lagi perancangan yang mengajak rakyat memajukan negara. Bagi menjamin perpaduan rakyat berbagai kaum menerusi parti politik, Barisan Nasional
ditubuhkan. Tun Razak meletakkan asas yang menjadikan rakyat Malaysia kukuh bersatu ke arah pembangunan negara












TUN RAZAK
ERA PELAKSANAAN STRATEGI PEMBANGUNAN (1970-1976)

Tun Abdul Razak Dato' Hussein (1922 - 1976), Perdana Menteri Malaysia kedua dari 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976. Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada zamannya untuk membasmi kemiskinan serta menaikkan taraf ekonomi rakyat tanpa mengira kaum. Kesungguhannya memperbaikki kehidupan rakyat terbukti menerusi rancangan FELDA, program Buku Hijau dan berbagai lagi perancangan yang mengajak rakyat memajukan negara. Bagi menjamin perpaduan rakyat berbagai kaum menerusi parti politik, Barisan Nasional ditubuhkan. Tun Razak meletakkan asas yang menjadikan rakyat Malaysia kukuh bersatu ke arah pembangunan negara









ZAMAN PERPADUAN NEGARA (1976 - 1981)
TUN HUSSEIN ONN

Tun Hussein Onn (1922 - 1990), Perdana Menteri Malaysia ketiga dari 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981. Penyambung tugas Tun Abdul Razak dalam memperteguh kestabilan ekonomi, politik dan sosial. Perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat berbagai kaum di negara semakin kukuh dan menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Negara menuju kematangan dalam politik dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi yang semakin terserlah. Hubungan diplomatik serantau turut dititikberatkan demi memperkenalkan negara di seluruh dunia.





PERDANA MENTERI MALAYSIA KEEMPAT
ERA PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN DAN GLOBALISASI (1981-2003)
Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (20 Disember 1925), Perdana Menteri Malaysia keempat dilantik pada 16 Julai 1981 hingga 2003. Arah politik, ekonomi dan sosial negara menuju era baru, era teknologi industri, era globalisasi. Wawasannya untuk Malaysia amat tepat. Dasar Pandang Ke Timur, projek kereta nasional, pelaburan dalam industri menyumbang ke arah kepesatan ekonomi negara.
Dunia mengagumi kemajuan yang dicapai Malaysia. Kini Malaysia menjadi contoh dan ikutan negara-negara membangun terutama negara Dunia Ketiga. Di bawah kepimpinannya negara sedang menuju abad ke-21 dengan lebih yakin.





DATO’ SERI ABDULLAH HJ. AHMAD BADAWI (2003 - Sekarang)
Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi Dilahirkan pada (26 November 1939) di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelima Pada (31 oktober 2003) hingga sekarang.

No comments:

AliffLife

Selamat datang to aliff Life blogspot...
Petikan Kata-kata Untuk Renungan Bersama..

WORK HARD STUDY HARD BUT DON'T BE JAHAT..

"REMEMBER GRASS NOT ALWAYS GREEN"


‘AT ONE TIME YOU WORK SO HARD FOR YOUR MONEY. IT IS TIME FOR YOU MONEY TO WORK HARDED FOR YOU’
Robert T.Kiyosaki

Bukalah mata kita Semua Hebat.. Kita adalah semua Sama...







Keindahan Alam Ciptaan Yang Maha Esa

Keindahan Alam Ciptaan Yang Maha Esa
Jauh Berjalan Luas Permandangan